Menu
Sejarah Islam PengenalanIslam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Muhammad mendapat wahyu daripada Allah. Selepas wafatnya Muhammad kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang.
Menu
Sejarah Islam PengenalanBerkaitan
Sejarah Sejarah Islam Sejarah China Sejarah Bumi Sejarah Malaysia Sejarah Sabah Sejarah Kelantan Sejarah Korea Sejarah matematik Sejarah duniaRujukan
WikiPedia: Sejarah Islam